Tuesday, 4 December 2012

Sehari ke Universal Studio Singapore




2 Desimber 2012, bermula pengalaman kami sekeluarga menyeberangi Tambak Johor ke Universal Studio Singapore (USS). Tidak dirancang percutian ke sana tetapi bila dah keJohor, tak syok pulak kalau tak pergi seberang. Takkan nak tengok saja dari Johor......

Maka mula cari maklumat dari internet untuk ke USS. Mula-mula ke laman web RW Sentosa utk membeli tiket secara on-line dengan memilih "Attraction". Kalau ada duit lebih boleh pilih "Express". Bezanya, jika beli tiket "Express" tak payah beratur panjang utk masuk ke tempat yang menarik. Kalau tak beli saja lah tiket "Attraction" tu. Harga tiket boleh tahan jugak harganya. Beli tiket awal utk elak beratur panjang di kaunter tiket di USS.

Selepas tu kena pergi pejabat imigresen utk buat passport. Jangan guna passport secara kumpulan. Leceh semasa berurusan dengan imigresen Singapura. Lama kena tunggu....Lebih baik guna passport antarabangsa.  Sonang tak yah tunggu lama. 

Lepas tu, jangan lupa tukar duit siap-siap di Malaysia supaya tak pening kepala untuk mencari "Money Changer" di Johor. Kalau ada duit lebih tu tukar banyak-banyak. Senang nak beli barang dan cenderamata di USS nanti.

Jam 8.00 pagi kami dah keluar dari Hotel Grand BlueWave dengan menyewa kereta RM400 pergi dan balik. Pergi di hantar dan balik di jemput. Sonang lah sikit. 



Sampai di USS pukul 9.45 pagi. USS buka pukul 10.00 pagi. So ambillah gambar diluar dulu sebelum masuk ke USS. Masyaallah, orang punyalah ramai pagi tu. Maklumlah cuti umum hari Ahad. Kenalah beratur panjang untuk masuk. Kalau beli tiket "Express" laju je masuk ke dalam. Sebelum masuk, dapatkan pamplet utk dapatkan maklumat tempat yg hendak di tuju. Kalau boleh pergi lah masuk semua tempat yg menarik. Kalau tak menyesal nanti. Semuanya tempat tu free tak yah bayar sebab dah masuk dalam harga tiket. Disana nanti jangan lupa bawa makanan ringan, minuman dan payung. Manalah tahu turun pulak hujan, kan susah nanti.



Kami balik pukul 6.30 petang. Letih tetapi sungguh berbaloi dengan harga tiket yg kami beli. Bye, jumpa lagi Singapura. 


No comments:

Post a Comment